Sunday, October 2, 2011

HF/WAJAR JIKA HAD PENCEN MENCAPAI 60 TAHUN.

KAMI PENJAWAT AWAM SETUJU DENGAN CADANGAN BAHAWA HAD UMUR PENCEN SEHINGGA 60 TAHUN.
1.Memandangkan tidak ada peluang yang mudah dalam perkhidmatan awam  maka ia wajar dilaksanakan  dengan andaian 60 tahun had perkhidmatan masih di tahap  proses perkembangan potensi.
2.Kenaikan had ini disokong kerana pemberian menegak dan melintang tidak pernah ada dalam jangka masa tahun 2003 hingga 2010 jadi cadangan ini wajar kerana menggantikan pergerakan gaji yang sentiasa kekal mendatar sepanjang masa.
3.Umur ini masih boleh diakui keberkesanannya terutamanya di dalam pejabat,luar pejabat seintitusi dan berpotensi tinggi dalam perkhidmatannya yang mampu .menjana tranformasi politik,ekonomi dan sosial semasa serta tidak menyusahkan pihak kerajaan dan awam.
4.Ada pegawai yang lambat mendapat peluang naik pangkat jadi ia adalah laluan yang terlalu lama dan sukar untuk kita harungi bersama.
5.Jika mereka masih mampu tetapi potensi mereka tidak digilap lagi maka kita akan kehilangan mereka dengan begitu cepat.
6.Ramai pegawai yang diakui mencapai tahap 4 dalam Penilaian Tahap Kecekapan(PTK) namun ia telah diubah oleh orang yang tidak amanah dalam masa menanda kertas mereka.
7.Ada juga ramalan yang lontarkan secara lisan yang mereka terbabit ini, akan menyekat semuanya untuk pembangunan peluang,penjajahan minda,tanggapan,keupayaan berfikir kritis lemah dan kumpulan akademik orang tertentu yang dijadikan idola perjuangan menuntut ilmu secara berhemah dan bercita-cita tinggi diperas dengan hinaan melulu.
8.Pemeriksa itu dianggap terima tugas tapi bolot dab belot kepada jenis menjatuhkan maruah generasi pejuang ilmu yanf mencapah dan tidak terbataas.
9.Negara masih mampu untuk menyara potensi ini sehingga ia tidak disebut lagi(kegiatan orang lain menyekat peluang orang lain.
10.Jangkaan 6 tahun untuk PPPBS tapi 7 tahun PPPS untuk naik kategori juga diselar kerana seolah-olah Diploma ke bawah lebih utama daripada kelulusan Sarjana Muda ke atas dalam merebut peluang yang ada.
11.Adalah dicadang agar selepas,temuduga,perlantikan tetap dan pengesahan jawatan tetap untuk penjawat PPPS sudah layak diberikan peluangnya  demi maruah awal untuk suntik potensi semasa muda dalam pengurusan dan pentadbiran negara terutama perkhidmatan awam.
12.Jika Sarjana Muda ke atas, peluangnya ini cuma 4 tahun sahaja memadai menjawat pangkat dan jawatan sehingga kategorinya turut beranjak selang 5 tahun sehinggalah DG54 serta kebolehan luar biasanya dalam tugas perkhidmatannya maka ia dianggap penganti kepada sistem SSM yang tidak berpotensi secara praktikal dan berwibawa dan memiliki arah masa depan yang cerah dan terbilang.
13.Selayaknya jawatan seintitusi diiktiraf dalam perkhidmatan awam walaupun ia seorang tukang kebun yang bertaraf gaji tetap dan berpencen kerana ramai yang layak menjawatnya ekoran keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan aras lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).
14.Gaji mereka selaras dengan kelayakan dan kursus yang dikhususkan kembali diingat era 1970-an.
15.Ada keraguan tentang taraf mereka yang sering terumbangambing tanpa wajaran yang betul yang mereka layak dalam perkhidmatan awam semasa
16.Begitu juga dengan PAR(Pembantu Am Rendah) wajar dinaik taraf sejajar dengan pertimbangan wajar yang mereka itu, ada yang tetap dan ada yang biasa tiada sedangkan merekapun ada induksi.
17.Kajian menunjukkan kewajaran ini untuk penaiktarafan jawatan dalam Pejabat Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

No comments:

Post a Comment