ALASAN PENGAMBILAN GURU BARU SEBAGAI GURU GANTI DI SEKOLAH DIRUJUK MANFAATNYA.
1.Guru ganti adalah bertujuan mengganti guru yang cuti bersalin.
2.Guru ini perlu dikekalkan dan ditranformasikan sebagai pengganti guru bersalin,yang pergi bermasyuarat dan guru yang mengikuti kursus lebih daripada sehari di luar sekolah asal termasuk mengurus sukan sepanjang tahun perlu ada guru pengganti agar pengajaran dan pembelajaran tidak terbengkalai dan tertinggal jauh daripada sukatan sepatutnya sehingga bulan Julai .
3.Guru-guru ini dicadang agar mengambil kuota keperluan sehingga 100 orang guru bagi 1 000 orang pelajar di sekolah.
4.Nisbah 80:20 adalah cadangan untuk guru yang mengisi tambahan guru kepada persediaan kelas bimbingan atau tuisyen.
5.80 orang mengajar sepenuh masa dan 20 orang lagi mengajar kelas peperiksaan kelas bimbingan.
6.Mereka juga akan mengisi kekosongan khas bila ada pertukaran guru berlaku.
7.Mereka akan diambil terus atau penempatan khas sebelum menenti kursus induksi pengajaran dan pembelajaran.
8.Selain daripada itu, mereka boleh diserapkan ke dalam (Kursus Pendidikan Lanjutan Ijazah(KPLI) atau Kursus Dalam Cuti(KDC)di universiti .tempatan atau Maktab Pegajian Perguruan di seluruh negeri.
9.Adalah diharapkan agar semua guru yang mengajar mata pelajaran peperiksaan awam terus dipikul oleh mereka sebelum pengubahsuaian lain pada kelas lain berlaku secara mendadak.
10.Peningkatan ini akan lebih cepat mencukupkan guru dan gantian mereka menjadikan kelas tidak tertinggal berbanging dengan yang ada sekarang.
11.Guru lain akan mengambil 1(40 minit) atau 2(80 minit) untuk pengajaran baru bagi subjek Sains dan Matematik atau kursus lain yang sering berlaku sepanjang tahun.
12.Rasional ini adalah untuk mengatasi masalah asas rutin tegar lama untuk kelas peperiksaan terutama kelas 3 terbawah.
13.Persediaan mereka akan menggandakan usaha guru matapelajaran asas kerana mereka cenderung kepada laras pembiasaan budaya peperiksaan awam PMR,SPM,STPM dan sebaginya.
14.Guru Pelengkap ini diharapkan akan dapat mengesan awal kelemahan keputusan PMR,SPM dan STPM tahun ini.
15.Adalah digalakkan agar Pengetua memohon secara terus kepada Tuan Pengarah Negeri untuk tujuan yang telah dibentang sebelumnya.
16.Letak kayu pengukur atau letak guru ganti sama ada kaki,ela atau meter sebagai ukuran penilaian atau penilaian dan pengukuhan dapatan pembelajaran peperiksaan kelas semasa sekolah kita.
17.Guru yang bertugas akan lebih mudah memasukkan nama mereka ke dalam senarai kelas tiada guru untuk hari dan minggu itu memandangkan dicari juga guru yang tiada kelas hari itu atau masa itu.Penat dan tidak dapat membuat persediaan guru yang terkena sasaran malapetaka ini.
Friday, October 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment