__________________________
*
1.Adalah dicadangkan agar guru yang belum ada penempatan ditempatkan ke sekolah Menengah kerana kekurangan tenaga pengajar. Mereka yang berkursus dalam Fakulti Pendidikan dan Jurusan Pendidikan diberi keutamaan.
&
2.Semua sekolah dikehendaki menentukan jumlah guru tambahan sebagai guru ganti kepada guru yang pergi berkursus dan mesyuarat dalam perkhidmatan.
&
3.Alasan lain ialah guru yang ada cukup terbeban dengan tugas mengganti dan cukup tenat kerana mereka terlalu penat sehingga tidak dapat tumpukan aktiviti lain,selain pengajaran.
&
4.Tugas Ketua Bidang juga tersekat sehingga setiap minggu hanya mengurus guru ganti masuk kelas dan bukan mengurus program peningkatan akademik pelajar.
&
5. Masih ramai yang menganggur dalam Jurusan Pendidikan dan Fakulti Pendidikan sehingga guru sandaran tidak terlatih dilantik juga akhirnya.
&
6. Guru tidak dapat menanda buku kerja pelajar dengan cepat dan tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran kerana masalah tidak ada yang mengajar kepada tajuk pada hari itu. Pembelajaran dan pengajaran terhadap subjek tertentu terutama teras selalunya akan teringgal jauh ke belakang.
&
No comments:
Post a Comment