>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
1. Kami guru-guru sekolah menengah di negeri Johor terkilan sejak 8 tahun lepas mengenai nisbah bilangan pelajar yang dipilih masuk ke IPTA.
***
2. Kami mahu ingatkan sistem pemilihan pusat agar melihat keputusan SPM sebenar sebelum membuat keputusan dalam pemilihan.
***
3.Ramai yang amat tinggi keputusannya sehingga 8,1A hingga 10,1A atau sehingga 11A(7,1A dan 4, 2A) tetapi tidak mendapat tempat di Universiti Tempatan Awam.Tahun ini kami ramal ada di antara 9,1A hingga 11,1A.
***
4.Sebarang kesilapan kali ini perlukan pertimbangan( neraca ) keadilan sekali lagi daripada jemaah pemilih kerana ramai pelajar yang telah bertungkuslumus belajar mati-matian namun terpaksa masuk ke tingkatan enam kerana tidak ada peluang yang diberikan kepada mereka.
***
5.Selang 1 bulan 3 minggu lagi dari sekarang ( BULAN MAC ), kita lihat perkembangan sistem pendidikan negara.
***
6.Sistem kita nampaknya dicemari dengan penipuan oleh anasir-anasir penentang kerajaan tetapi dipilih masuk ke Universiti.
***
7.Harus diingat, kami merasa perasan juga terkilan yang kerajaan tertipu dan dianaktiri oleh golongan tertentu untuk meraih kejayaan berganda melalui kemasukan beramai-ramai musuh dalam politik negara apa lagi nanti dalam Perkhidmatan Awam.
No comments:
Post a Comment