PENILAIAN MENENGAH RENDAH(PMR) WAJAR DITERUSKAN TERUTAMA SATU PUSAT PERTAMA YANG BERBAKAT AKADEMIK.
1.Penilaian Menengah Rendah(PMR) wajar diteruskan.
2. Penilaian atau Pentaksiran laras Pemikiran Aras Rendah(LOTS) kepada Pemikiran Aras Tinggi(HOTS) akan lebih terjamin mutunya.Rujukan ini adalah seperti dalam program pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013 dan program kajian tindakan serta kajian pembanguann semasa sekolah.
3.Pelajar bersaing lebih sihat dan bertenaga melakukan kerja semasa menggantikan kerja rumah yang sering diabaikan masa ini.Lembaran kerja Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) sehelai-sehelai ini, boleh membentuk hasil oleh pembinaan keupayaan pembangunan usaha berterusan pelajar sesebuah sekolah menengah.
4.Setelah dicuba selama 2 tahun PBS ini,ia memberikan kesan positif yang berguna untuk dijadikan rujukan asas mudah.Boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar berbakat dan yang tidak berbakat.Kerajinan,usaha kuat dan kesabaran membuat kerja,meyakinkan pencapaian lebih baik dan memperlihatkan keyakinan sendiri pelajar dapat disemai,dipupuk,dibaja dan disiram melaluinya.
5.Kelebihan lain pelajar berbakat akademik ini boleh dikumpul untuk bersaing di peringkat sekolah.daerah,negeri dan kebangsaan.Ia juga diharap agar dapat bersaing ke peringkat antarabangsa jika terus mahukan kualiti mutu peringkat pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia.
6.Kelebihan aset atau harta awal ini boleh menilai atau mentaksir secara pusat kuantitatif hasil terbaik negara dalam pemilihan kelas ke Tingkatan Empat,pemilihan ke Sekolah Sains Mara,Sekolah Asrama Penuh dan pemilihan awal asas kursus Kejuruteraan Asas pelajar yang mirip kepada pentadbiran dan pengurusan secara berjenama nama bahan atau persediaan pentadbiran dan pengurusan ...setiap kementerian terutama persediaan kerja Awam.
7.Jika pelajar itu ke luar negara maka penerimaan berasaskan keputusan sekolah atau keputusan peperiksaan awam lebih laku untuk dinaik label.Apa lagi menilai mutu pelajar itu dari segi akademik AWAL DEWASA.
8.Besar kemungkinan,pelajar yang berbakat ini tidak mahu menunjukkan kesungguhan awal sekurang-kurangnya 3 tahun pertama.5 tahun tanpa ujian atau peperiksaan besar akan menjadikan pelajar mengingat hanya jangka pendek dan bukan jangka panjang.Kesungguhan mengingat sesuatu hanya sekadar siap sahaja oleh pelajar.Peperiksaan 2 semester juga masih digalakkan kerana menilai hasil awal peringkat sekolah bandar,pertengahan dan luar bandar.Pelajar-pelajar yang dalam Pusat peperiksaan pertama sahaja yang dibenarkan untuk tujuan ini.Manakala Pusat-pusat lain tidak perlu mengambil peperiksaan ini untuk tujuan 80%-100% pencapaian sekolah lebih terjamin di masa akan datang.Pelajar tingkatan satu tahun 2014 jika tidak menunjukkan kesungguhan dan bakat maka mereka akan ditempatkan di kelas Kejuruteraan Asas label rendah penguasaan akademik kerana faktor genetik seawal semester 1 dapat diketahui penilaian dan pentaksiran formatif semester 1 mereka.
9.Diharapkan agar semangat mereka lebih kental,kekal dan bersaing hebat melalui kerajinan berkekalan sambil melihat tanda aras berbentuk nombor atau Abjad A+ dan bukan sekadar tandaan semakan kemahiran semata-mata.
10.Besrsedia awal lebih baik daripada tanggung masalah lima tahun kemudian.Dari itu kita bersedia untuk itu terutama anak-anak kita yang berbakat dalam akademik untuk keperluan,kehendak,persaingan,pertaruhan dan pasaran tahap akademik pentadbiran dan pengurusan negara di masa depan."KESUNGGUHAN MELALUI PENANDAAN ARAS ASAS AKAN LEBIH KEPADA ASET CAIR BEKU AKADEMIKNYA".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment