Friday, April 26, 2013

HF/NEGARA KITA SEBUAH NEGARA PERSEKUTUAN ANTARA SEMENANJUNG,SARAWAK DAN SABAH TELAH DIKECILKAN KUASA PENTADBIRANNYA?

BIDANG KUASA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN TIDAK JELAS SEBAB TELAH DIKECILKAN SKOPNYA OLEH ORANG TERTENTU.

Berikut adalah Agihan Kuasa Pentadbiran Malaysia:
SENARAI KUASA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN

1.Hal ehwal luar negeri(Disalah tafsir sebagai hubungan luar sehingga bukan hal luar negara biasa tetapi masuk campur politik negara lain.Ia sepatutnya diubah menjadi Hal ehwal Luar Negara.Hal ehwal Dalam negeri dari segi kuasa politik negara).Pada dasarnya,kuasa ini bukan maksud utama Penubuhan Persekutuan 1948 dan 1957 serta 1963.Dalam hal ini, mesti ada orang luar dalam kes ini.
Kementerian, Jabatan,Pejabat Ketua setiap negeri,Pejabat setiap daerah,mukim dan kampung haruslah dikemaskini.Penjawat awam ini ditambah anggotanya demi  menjaga penduduknya agar tidak lari ke sana sini atau mengelak daripada dibanjiri  oleh pendatang tanpa izin(PATI)...

2.Pertahanan(Sepatutnya sempadan sudah dikenalpasti dan bukan biarkan ia hanya dikawal oleh penjawat awam dalam angkatan tentera darat,angkatan tentera laut,angkatan tentera udara,polis diraja Malaysia,Penguasa Kastam dan JKKK(Keselamatan) malah angkatan  askar simpanan,Rela dan awam biasa ada fungsinya).

3.Keselamatan dalam negeri(Haruslah menjaga setiap negeri dalam negara agar tidak diceroboh kuasa asing atau mondo atau moro musuh negara sejak zaman penjajah.Orang asing ini musuh ketat British dan Kita waktu itu.Bilakah pula mereka telah menyusup masuk dalam politik tanahair?)

4.Pentadbiran dan Keadilan(Susun atur dalam negara didahului oleh Semua Kementerian Persekutuan-mentadbir dan mengurus dan Kementerian Kehakiman menapis orang luar yang tidak layak dan wajar menjawat jawatan dalam negara-negeri, agar negara persekutuan lebih dikenali dan disegani darjat daulatnya kita.)

5.Kerakyatan negara(Wajar diselidiki sejak dalam kandungan dan tidak boleh diberikan surat beranak penuh permastautin kerana masalah 12 hinga 15 tahun kemudian.)

6.Kewangan(Ada anasir dalam pengurusan pentadbiran selaku penjawat kewangan yang tidak hak mengurusnya menyalahgunakan kuasa kelulusannya pada hal Menteri Kewangan-Bank Negara berhak mencadangkannya).Contohnya,Sebulan gaji-Gaji pokok sebulan gaji penjawat awam bukan diberikan separuh gaji sahaja.

7.Perniagaan,perdagangan dan perusahaan( Wajar ditafsir sebagai pemberi kemudahan lesen geran,tol dan hak pajak kepada rakyat tempatan,luar dan pelabur dengan kemudahan yang lebih baik.Ramai yang beroperasi tetapi mereka tidak ada hak asas yang diperlukan termasuk tapisan kesihatan).

8.Perkapalan,pelayaran dan pengangkutan(Seharusnyanya lesen persekutuan wajar diberi kepada yang layak supaya mereka tidak beroperasi dengan cara yang tidak sah.)

9.Jabatan Ukur dan penyelidikan(Kementerian-Jabatan dan kerjasama persendirian wajar memberikan  atau diberikan kursus yang seragam sebelum diberikan lesen kerana ada yang tidak tahu syarat pengukuran dan penyelidikan).Banyak masalah tergendala kerana birikrasi pengurusan lambat dan tidak cukup tenaga pengurusannya.

10.Kerja raya dan tenapa pusat(Kuasa lepasan kejuruteraan perlu dikembalikan kuasa mereka sebermula kementerian-Jabatan-Pejabat atau jurutera dilantik agar terus ada peluang penyelidikan dan mempercepatkan pengurusan pentadbiran pembangunannya.

11.Pelajaran(Haruslah lengkap beermula dari Kementerian,Jabatan,Pejabat Daerah(Intitusi,sekolah menegah,sekolah rendah,didikan awal dan agensi swasta) digubah struktur peranannya agar lebih baik dan mencukupi.Penyelidikan dan Pembangunannya dikemaskini terutama portal peluang-peluang yang wajar ada dan dilantik serta disahkan perkhidman mereka seperti tahun 1970-an.

12.Kesihatan(Wajar dibaikpulih dan kemaskini perkhidmatan serta jumlah anggota kerana mereka tidak cukup sehingga nombor untuk satu kaunter sehingga 160 sehari.Kursus latihan juga wajar dinaikkan kepada peringkat diploma dan ijazah,bukan lagi peringkat sijil sahaja.)

13.Keselamatan buruh dan sosial(Inipun perlu ada garis panduan edaran agar semuanya terjamin dan dikawal selia pergerakan mereka apa lagi keutamaannya berbanding dengan mereka yang hanya pandai bercakap tetapi tidak seperti pekerja mahir atau separuh mahir yang berdisiplin-terutama pelarian yang sudah lama berada dalam negara sehingga malas dan membual kerjanya sambil menyalahkan kerajaan pusat tanpa sedar dirinya sendiri.)

14.Orang asli(Perkataan ini amat menyakitkan hati.aistilah yang sebenar ialah penduduk permastautin jati negeri negara ini.Ada pelarian yang menghina orang permastautin sehingga macam biadap dan lupa dirinya sebagai PATI.Sedih kita mendengarnya bila mereka dipinggir oleh orang luar atau pendatang yang mendapat kemudahan lebih baik daripada mereka.Seharusnya PATI itu layak diusir dari negara kita daripada berlaku kasar dan biadap kepada penduduk tempatan permastautin.Seolah-olah megah dan bangga diri tanpa  menjaga harga dirinya)

15.Hal-hal lain(Ditafsir dengan keadaan semasa dan bukan kekal tegar penyelesaiannya oleh mereka yang tidak kenal undang-undang,peraturan,norma dan adat sopan mengikut pentadbiran persekutuan,pengurusan persekutuan dan bukan remeh kerana cuai dengan tugasnya)

Apapun berlaku,26-28 KEMENTERIAN,JABATAN,PEJABAT,AGENSI,HAK BERPIAGAM DAN PERSENDIRIAN dalam Persekutuan... yang penting ialah KEMENTERIAN PERSEKUTUAN WAJAR MENGAMBILALIH KEMBALI SEMUA PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN MANAKALA SWASTA HANYA PENGURUSAN PENTADBIRAN FUNSI DAN PERANANNYA...SOAL PELUANG LEBIH UTAMA DALAM PERSEKUTUAN.PERSEKUTUAN TETAP MENANG DAN MENYELURUH ARAH TUJUNYA.JANGAN GENTAR DENGAN ANASIR YANG MENGURANGKAN HAK ASAL PENTADBIRAN PERSEKUTUAN!

Ia wajar dilaksanakan de semua negeri dalam Persekutuan Negara tanpa ada kekurangan sedikitpun.Bukan 15 KEMENTERIAN SAHAJA!.SEMUANYA LAKU KALAU DIJUAL DENGAN ALASAN AKADEMIK PENENTUNYA.



No comments:

Post a Comment