Friday, March 23, 2012

HF-SSM,SISWAZAH,PERGURUAN DAN PERLANTIKAN TETAP

PENAMBAHBAIKAN SSM  MELIBATKAN PENJAWAT AWAM DG41 TETAPI BELUM ADA PERLANTIKAN  TETAP OLEH SPP WAJAR DIPERTIMBANG SAMA MEREKA YANG SUDAH MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN DAN INDUKSI SERTA BINA TATANEGARA.

1.Pengemaskinian baru SSM perlu melihat guru-guru atau pegawai yang dilantik ke dalam PPPS DG41
tetapi belum dilantik  oleh SPP.
2.Mereka dalam keadaan di mana disambung untuk perlantikannya oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
3.Mereka wajar diberikan syarat untuk ada kursus perguruan,Lulus dengan jayanya Induksi bagi kedua-dua kertas dan mengikuti dengan jayanya kursus Tata Bina Negara maka mereka layak untuk diserap terus sebagai PPPS DG41 yang dilantik dan disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP).
4.Mereka juga wajar mebuat surat rasmi melalui Pengetua atau Guru Besar memohon sehingga meminta kebenaran belajar bagi mereka yang tidak meminta kebenaran kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi kelulusan belajar selepas tamat pengajian.(Bagi mereka yang tidak ada meminta  kebenaran sahaja kerena pengiktirafan nilai taraf ijazah yang diikuti di Intitut Pengajian Tinggi Awam(IPT) atau IPIS(Swasta) )
5.Mereka sebenatnya cukup bertenaga dan terbilang perkhidmatannya.Harap dimasukkan dalam agenda semakan dan penambahbaikan kerana jumlah mereka ramai demi pensiswazahan masa kini dan mengikut pekeliling sebelumnya.
6.Tranformasi ini didahulukan demi kestabilan Sosial-Politik  sistem pentadbiran Kementerian Pendidikan dan Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment