Tuesday, November 22, 2011

HF/SISTEM SARAAN MALAYSIA BARU 2012(SSMB)-CADANGAN DAN PANDANGAN

SISTEM SARAAN MALAYSIA BARU(SSMB) SEPATUTNYA PENDEKATAN SEMASA DAN BUKAN SISTEM LAMA YANG SERING MENJADI MASALAH BERTUKAR PENJAWAT AWAM.(cadangan... semasa kerana terlalu berat dijaga tugasnya)
1.Setiap syarat berubah mengikut pendekatan semasa di tempat semasa dan tidak semestinya bertukar tempat bertugas mengikut keadaan sekarang.
2.Semua jawatan semasa  diisi terutama Tugas Khas di sekolah dalam pentadbiran dan pengurusan pejabat sekolah,kurikulum dan Ko-kurikulum diuntukkan perlantikan DG44 di sekolah yang sama dan menjawat sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum mendapat perlantikan DG48 dan seterusnya di tempat yang sama atau ke tempat lain.
3.Ia mengelakkan masalah dalaman sekolah dan luaran sekolah kedua-dua tempat yang berkaitan.
4.Ia juga menggalakkan pengesahan sehingga tugasnya sempurna dan berpotensi dalam pelbagai hak pengesahan pelbagai pihak oleh Kementerian..
5.Perlantikan berdasarkan "Time Base",penjawat yang lebih dahulu dalam perkhidmatan tanpa putus perkhidmatannya.
6.Kursus dan pengalaman mengendali,mengawas dan menjalankan tugas akan diberikan keutamaan dalam tawaran jawatan kerja meja penjawat awam.
7.Penjawat boleh menerima pemberian DG44,DG48 dan DG52 tanpa mengambil tugas kerja baru jika masih berpotensi dan ada kekosongan jawatan di tempat asal.Jawatan DG54,JUSCA ke atas mengikut pilihan jangkaan umur bersara selang satu-satu tahun atau dua atau tiga tahun sehingga lima tahun terakhir.
8.Setiap pegawai mestilah melapor diri di tempat baru untuk dianggap menerima jawatan atau menerima kemudian kekal dengan tugas lama yang juga berpotensi di sekolah lama atau baru.
9.Contoh,jawatan di sekolah untuk jawatan DG44 adalah jawatan khas di sekolah seperti Guru SPBT,Setiausaha Sukan,Guru Sukan,Penyelia Asrama,Guru Disiplin,Penolong Kanan Akademik,Penolong Kanan Kurikulum,Penolong Kanan Kaunselor Bimbingan,Penolong Kanan Kaunselor Kaunseling,Guru-Pengawas Sekolah dan Ketua kelas,Guru Ketua Pengiring Khas Aktiviti semua penglibatan sekolah,Setiausaha Peperiksaan dalaman,Setiausaha PMR,Setiausaha SPM dan... ,Guru Pusat Sumber,Guru Data,Guru Protokol Dewan,Ketua Panitia,Ketua Bilik Kesihatan(Satu Doktor Pengawal Selidik di sekolah-Kementerian Kesihatan) dan setiap tafsiran lain di sekolah lama dan baru yang dianggap tranformasi semasa untuk pembentukan,pembinaan dan pembangunan sekolah atau Kementerian,Jabatan,Pejabat dan Sekolah serta Unit-Unit Khas semasa yang telah disenaraikan dalam Tugas Khas di sekolah.(Jawatan ini tidak termasuk Pengetua,PK1,Pentadbiran,PKHem, PKKoKum,Ketua Bidang dan Guru Pusat Sumber).Mereka akan automatik naik DG48 syarat lama 3 tahun atau syarat baru yang dianggap sesuai dan diterima sebagai pilihan serta DG48 ke DG52 juga dengan cara yang sama.Setiap penjawat memangku akan diberikan jawatan itu di sekolah gred B1(<1 200 orang murid) atau B2(< 1000 orang murid).Atau Lantikan baru sekolah asal atau baru jika ada kekosongan.
10.Setiap pindaan bergantung kepada tafsiran pembangunan Kementerian,Jabatan,Pejabat dan  Sekolah semasa dan baru.
11.Jawatan DG52 tertakluk  kepada pindaan syarat pindah dengan syarat mana-mana yang terdalulu dari Kementerian ke sekolah atau sebaliknya dan bukan turun ke tempat yang lebih rendah cabarannya mengikut kelulusan Sarjana Muda,Sarjana dan PHD. dalam Pendidikan atau pengiktirafaan semasa.
12.Dicadang juga agar Pejabat Pelajaran Pendidikan Sekolah Rendah-Asas Prasekolah (PPDSRP) disediakan pejabatnya sendiri oleh Jabatan Pelajaran Negeri Persekutuan untuk Pentadbiran dan Pengurusan lebih khusus serta cara mengingat jasa penjawat awam bawah DG38 sehingga 2010 di Sekolah Rendah.
13.Kemudahan dan Bantuan kewangan tahunan Sekolah Rendah dibekal atau diperuntukan sebagai perbekalan tambahan Pelajaran- Pendidikan.
14 .Bangunan lama kayu dinaiktaraf kepada konkrit penuh tiga tingkat mengikut jumlah pelajar semasa dan akan datang.
15.Pertambahan jawatan dalam penjawat awam menggambarkan maruah tranformasi baru yang disenangi oleh semua pihak.
16.Guru GSTT akan diberi peluang Induksi,KPLI atau KDC untuk tujuan lantikan tetap serta layak mengajar di sekolah menengah jika kelulusan prestasi akademik sekolah menengah.
17.Rujukan lantikan SPP dan pengesahan SPP bagi yang tidak ada pengesahan akan dirujuk mengikut kelulusan ijazah pertama hingga kedoktoran sesuai di sekolah atau kerana wibawa kedudukan ketidaktahuan urusan rasmi oleh ghairah  dalam persaingan perebutan potensi prestasi kelulusan tinggi dalam zaman elite ini.